
ShopeePay Invest memberikan anda akses kepada pelbagai dana amanah saham yang diedarkan oleh iFAST Capital Sdn. Bhd. dan diuruskan oleh pengurus dana profesional.
Anda boleh menyemak, membeli, memantau, menukar dan menjual dana dengan mudah terus melalui ShopeePay.

Melabur Serendah RM10

Akses kepada pelbagai pilihan dana yang diuruskan secara profesional

Dikawal Selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia*
Dana Patuh Syariah Tersedia
*Laman web atau aplikasi ShopeePay mungkin mengandungi kandungan pengiklanan yang belum disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia ("SC") dan tidak boleh dianggap sebagai syor atau pengesahan oleh SC untuk membeli atau menjual produk pelaburan. SC juga tidak boleh dianggap mempunyai sebarang kaitan dengan mana-mana produk pelaburan tersebut.
Nota Penting: Sebarang pulangan yang dipaparkan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja, tidak dijamin dan berdasarkan prestasi pulangan sejarah, yang tidak mencerminkan prestasi masa hadapan. Pelaburan melibatkan risiko. Sebelum membuat sebarang pelaburan, pengguna hendaklah menilai dengan teliti matlamat kewangan, keperluan, keadaan peribadi, toleransi risiko dan pemahaman mereka terhadap produk pelaburan. Dana yang diperuntukkan untuk tujuan pelaburan tidak diklasifikasikan sebagai wang elektronik (e-money), deposit atau dilindungi oleh Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM). Tertakluk kepada Fi Pengurusan Tahunan, Fi Pemegang Amanah dan Perbelanjaan Lain yang dikenakan oleh Pengurus Dana. Sila rujuk Soalan Lazim (FAQ), Terma & Syarat serta Helaian Sorotan Produk (Product Highlight Sheet) dana yang berkaitan untuk maklumat lanjut.